
Mitos #1: Alat Pengering Tangan boleh membasmikan Corona-virus
Tidak benar sama sekali, langkah terbaik untuk menangani Corona virus adalah dengan kerap membasuh tangan, menyah-kuman dengan pembasmi kuman yang berasaskan alkohol 70 percent.
Mitos #2: Lampu ultra-violet boleh membunuh Corona Virus.
Benar terdapat sesetengah fasiliti perubatan menggunakan sinar UV untuk membunuh mikrob dipermukaan, namun lampu UV tidak sesuai untuk membasmi kuman kerana akan mengakibat iritasi pada kulit.
Mitos #3: Pengimbas suhu termal efektif dalam mengesan individu yang dijangkiti Corona virus.
Walaupun pengimbas suhu termal boleh mengesan suhu badan yang tidak normal, ianya tidak boleh mengesan individu yang asimptomatik, atau yang belum menunjukkan simptom jangkitan.
Mitos #4: Menyembur alkohol atau klorin diseluruh badan anda boleh membunuh Corona virus.
Walaupun menyembur alkohol atau klorin adalah langkah terbaik untuk menyah kuman, Sekiranya anda telah dijangkiti, walaupun anda mandi alkohol atau klorin ianya tidak membunuh virus yang telah menjangkiti anda.
Mitos #5: Adalah tidak selamat untuk menerima sebarang pakej dari China
Ini adalah tidak benar sama sekali, menerima sebarang pakej dari China tidak meningkatkan risiko untuk anda dijangkiti. Virus Corona tidak kekal lama pada permukaan surat atau pakej .